Membazir Beli Produk Skin Care

Pening nak pilih produk penjagaan kulit wajah (skin care)?

Jika kita lihat di pasaran pada masa kini, begitu banyak produk skin care tumbuh melata, sama ada yang dijual di farmasi, kompleks membeli belah atau secara online. Dan setiap brand produk skin care ini, ada terdapat bermacam-macam jenis.

Langkah pertama sebelum membeli sebarang produk skin care adalah KENALI KULIT ANDA.

Secara umumnya, terdapat 4 jenis kulit iaitu berminyak, kering, kombinasi dan normal.

Terdapat banyak cara untuk mengetahui jenis kulit kita. Cara yang paling senang adalah seperti berikut:

  1. Cuci muka dengan pencuci muka
  2. Tunggu sehingga 4-5 jam. Masa menunggu ini, jangan pakai apa-apa pelembap (krim atau losyen) dan make up.
  3. Ambil tisu muka, tekankan pada muka anda.
  4. Pegang tisu ke arah sumber cahaya.

Jika terdapat kesan pada tisu (blotches) maka ia bermaksud kulit anda adalah jenis berminyak. (Paling senang gunakan facial blotting tissue).

Jika selepas ujikaji di atas, kulit muka terasa tegang dam kering, maka ia bermaksud kulit anda adalah jenis kering.

Jika sesetengah bahagian muka berminyak, dan sesetengah bahagian muka kering, maka ia bermaksud kulit anda adalah jenis kombinasi

Jika tiada kesan pada tisu, dan kulit tidak terasa kering tegang dan flaky, maka ia bermaksud kulit anda adalah jenis normal.

Untuk memastikan ketepatan hasil, disarankan ujikaji ini dibuat pada waktu siang.

Know-Your-Skin-Type_Hauterfly

Keadaan jenis kulit kita boleh berubah-ubah. Ada orang pada asalnya kulit kering, selepas 6 bulan kulitnya jadi berminyak. Jadi, disarankan untuk membuat ujikaji mudah ini setiap 6 bulan sekali.

Apabila kita sudah mengetahui jenis kulit, maka senanglah kita nak pilih produk skin care yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Maka, dapatlah dielakkan pembaziran kerana beli produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit kita.

Nisa Zaini
Bukan Beauty Consultant


 

1024px-WhatsApp.svg-no word.png+601159425429

facebook_logo_simple-1024x1017 - no word.jpg Nisa Zaini

1024px-Instagram_logo_2016.svg.png @mj_nisazaini

1024px-Gnome-web-browser.svgwww.lavenderjardin.com

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: