Rahsia Muka Flawless dan Glowing

Sebenarnya mudah sahaja nak dapatkan kulit wajah yang flawless, glowing dan sihat. Anda hanya perlu 3 langkah ini dalam rutin harian anda. Jangan mengelat ya kalau nak dapatkan kulit yang halus, lembut dan sihat.

1) Mencuci Muka

Mencuci muka adalah WAJIB dilakukan setiap hari bagi membersihkan muka daripada kotoran, habuk, lebihan minyak (sebum), sel kulit mati, bakteria dan kosmetik yang telah dipakai sepanjang hari.

Sekiranya selepas mencuci muka, kulit terasa kering, ini bermakna cara pencucian yang keterlaluan sehingga menyebabkan ketidakseimbangan lembapan kulit. Jika terlalu berlebihan (gosok kuat dan terlalu lama pencuci dibiar pada muka sebelum dibilas), keadaan ini boleh menyebabkan kelembapan semula jadi kulit terjejas.

Terdapat pelbagai bentuk pencuci muka. Ada yang jenis sabun (soap bar), cecair, minyak, buih (foam) dan gel. Pemilihan jenis pencuci muka mengikut jenis kulit akan dikupaskan dalam post yang akan datang.

2) Melembapkan Muka

Pelembap muka berfungsi untuk mengawal minyak pada kulit, melindungi dan mengelakkan kulit daripada menjadi kering seterusnya menyokong struktur kulit.

Terdapat pelbagai jenis pelembap iaitu jenis krim, losyen, gel, minyak (face oil), face mist, serum dan salap (ointment). Pemilihan jenis pelembap adalah bergantung kepada jenis kulit anda. Jenis pelembap yang sesuai dengan jenis kulit akan dibincangkan secara terperinci dalam post yang akan datang.

Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap adalah selepas mencuci muka. Pastikan muka tidak terlalu kering semasa menyapu pelembap. “Moisturizing works best when the skin is at its most hydrous”

3) Melindungi Kulit Muka

Langkah terakhir dalam rutin penjagaan wajah adalah melindungi kulit daripada sinaran UV matahari. Pancaran sinaran matahari boleh menyebabkan pigmentasi (jeragat) dan kulit cepat berkedut sebelum usia.

Sekiranya anda hendak keluar rumah, pastikan sekurang-kurangnya gunakan sunscreen dengan SPF 30 atau lebih tinggi. Pastikan anda lindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Tahukah anda, kulit kita mengambil masa 15 minit untuk menyerap sunscreen. Oleh itu, pakailah sunscreen sebelum keluar rumah. Dan boleh disapu semula setiap 2 jam sekali untuk pelindungan optimum.

Senang je nak dapatkan kulit yang flawless, glowing dan sihat. Jadikan 3 langkah mudah ini sebagai rutin harian yang wajib.

Nota kaki:

Lagi senang kalau ada FULL SET Mary Jardin. Lengkap ketiga-tiga steps di atas untuk dapat kulit muka yang flawless, glowing dan sihat.

Kalau nak dapatkan Mary Jardin, bolehlah layari www.lavenderjardin.com


1024px-WhatsApp.svg-no word.png+601159425429

facebook_logo_simple-1024x1017 - no word.jpg Nisa Zaini

1024px-Instagram_logo_2016.svg.png @mj_nisazaini

1024px-Gnome-web-browser.svgwww.lavenderjardin.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: