5 Cara Mencuci Muka yang Betul. Barulah Muka Selembut Kulit Bayi

Mencuci muka adalah suatu perkara asas dan sangat penting dalam penjagaan kulit. Kita perlu cuci muka untuk membersihkan lebihan minyak (sebum), kekotoran dan habuk serta menanggalkan kulit mati pada muka. Apabila kulit muka bersih, liang pori-pori tidak tersumbat, maka, ini dapat mengelakkan daripada terjadinya jerawat, blackhead dan whitehead.

Jom kita mencuci muka dengan 5 Cara Mencuci Muka yang Betul

1) Cuci Tangan

pexels-photo-545013.jpeg

Sebelum mula mencuci muka, pastikan tangan kita dibersihkan terlebih dahulu. Sebaiknya gunakan sabun. Kerana tangan adalah sumber pelbagai jenis bakteria sebab kita pegang pelbagai benda dengan tangan. Janganlah pula kita sebarkan bakteria kepada muka disebabkan kita tidak membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh dan mencuci muka.

2) Tanggalkan make up

Jika anda beranggapan make up boleh dicuci terus dengan pencuci muka. Anda SILAP. Sesetengah make up (contoh: waterproof) perlu ditanggalkan dengan pembersih make up (make up remover). Setelah make up ditanggalkan, barulah kita cuci dengan pencuci muka kita.

3) Basahkan Muka

Basahkan sedikit muka dengan air suam. Jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan muka menjadi lebih kering. Dan penggunaan air yang terlalu panas akan menyebabkan salur darah pada kulit mengembang, sesetengah orang akan menyebabkan muka menjadi kemerah-merahan.

Tapi, jika anda gunakan air sejuk, liang pori tidak terbuka. Jadi, macam mana anda nak bersihkan liang pori.

4) Gosok Pencuci Muka pada Tapak Tangan Terlebih Dahulu

Ambil sedikit pencuci muka. Gosok dengan kedua-dua belah tangan anda untuk menjadikan ia berbuih. Selepas itu, ratakan ke seluruh muka. Cuci muka dengan kaedah urutan membulat secara lembut. Jangan urut ke arah bawah, nanti lebih menampakkan muka anda kendur ke bawah. Berikut adalah arah urutan muka.

Tips-Mencuci-Muka-yang-Betul1

Urut muka secara lembut ya. Urut dengan menggunakan jari. Cara urutan yang betul boleh lihat gambar di atas, anda harus tekankan kawasan dahi dan t zone.

Urut secara lembut. Macam mana nak pastikan kita urut dan tekan muka secara lembut? Senang je. Pastikan semasa urut muka, tangan (dan ketiak) kita tidak mengepak. Bila tangan dah kembang macam nak terbang, tekanan kepada muka pun agar keterlaluan. Kepit sikit ketiak tu.

5) Bilas dan Lap Muka

Setelah selesai mencuci, bilas dengan air. Nak bilas pun ada cara tau. Jangan gosok muka semasa membilas cukup secara lalukan air kepada muka.

Kemudian lap dengan tuala muka. Lap secara menekan lembut (“pat dry” atau ada orang pangil “dab dab”) Jangan seret/ tonyoh sekuat hati dan perasaan tuala tu ke muka.

Dan seeloknya asingkan tuala badan dengan tuala muka. Lagi bagus lap guna microfibre towel. Saya paling suka guna Microfibre Towel (MFT) Mary Jardin. Lembut dan gebu. MFT ni sangat halus dan berserat kecil mampu menyerap minyak dan kekotoran. Ia juga bercas positif dan mampu menarik kotoran pada muka kita.

Jom dapatan MFT Mary Jardin. Order terus melalui website ni, boleh dapat rebat. Jadi, pembelian seterusnya boleh guna rebat ni, anda bayar murah. Kalau nak kumpul banyak-banyak pun boleh, rebat ni tiada tarikh luput. Kalau dah kumpul banyak-banyak, nanti boleh shopping FREE.

Ni website nya https://www.lavenderjardin.com/collections/all

MFT

Nisa Zaini
Bukan Beauty Consultant


 

1024px-WhatsApp.svg-no word.png+601159425429

facebook_logo_simple-1024x1017 - no word.jpg Nisa Zaini

1024px-Instagram_logo_2016.svg.png @mj_nisazaini

1024px-Gnome-web-browser.svgwww.lavenderjardin.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: