Perlukah Pelembap Muka?

“Perlu ke saya pakai pelembap muka?”

“Muka saya berminyak. Saya dah tak perlukan pelembap”

SALAH tu.

Sebenarnya muka yang berminyak adalah muka yang tidak cukup pelembap.

Disebabkan kulit muka tak cukup pelembap, maka kulit hantar mesej ke otak menyatakan perlu keluarkan baaanyak lagi pelembap.

Maka, otak hantar mesej kepada kilang minyak pada kulit untuk hasilkan lebih banyak sebum (minyak) untuk melembapkan kulit.

Hasilnya muka berminyak-minyak dengan banyak.

Pelembap ada banyak jenis. Pastikan anda pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

Secara asasnya, terdapat 7 jenis pelembap iaitu:

1. Krim

Pelembap jenis krim mempunyai kandungan minyak dan air yang sama banyak. Iaitu hampir 50:50. Kadar penyerapan pelembap jenis krim adalah agak lambat disebabkan molekulnya adalah besar. Daya penyerapan yang lambat menyebabkan kulit terasa lembap dan berminyak lebih lama.

Tekstur krim adalah berat, pekat dan padat serta tidak mudah ditembusi air. Jadi, bagi muslimat apabila nak solat, perlu cuci muka dengan bersih sebelum ambil wuduk, ya.

Krim adalah sesuai untuk kulit normal, kering, hiper-pigmentasi dan berkeadaan dehidrasi. Kebiasaanya pelembap jenis krim adalah sesuai untuk kulit yang lebih matang usianya kerana pada waktu ini kelenjar minyak pada kulit sudah tidak aktif. Pada waktu ini, kulit muka kurang hasilkan sebum.

2. Losyen

Pelembap jenis losyen mengandungi air lebih banyak berbanding kandungan minyak. Daya penyerapannya adalah lebih cepat kerana molekulnya yang lebih kecil. Tekstur losyen adalah lebih cair, tidak melekit dan lebih ringan. Pelembap jenis ini adalah sesuai untuk kulit berminyak (dan cenderung berjerawat), kombinasi dan normal.

3. Gel

Pelembap berbentuk gel juga mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding minyak. Nama lain adalah emulsion. Tekstur adalah seperti agar-agar, sedikit kental dan melekit apabila disentuh. Gel memberikan efek sejuk (cooling). Pelembap jenis ini sesuai untuk kulit jenis normal, berminyak dan sensitif.

4. Minyak (Face oil)

Pelembap yang berasaskan minyak. Ia dapat memberi khasiat khusus serta bersifat menyembuhkan (healing properties). Face oil dapat memberi kelembapan (moisture) yang maksimum. Ia sesuai untuk kulit kering dan kulit matang yang mepunyai masalah berkedut, kusam dan berjerawat.

Terdapat juga sesetengah jenis minyak yang digunakan dalam face oil yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Selain digunakan sebagai pelembap, face oil juga boleh digunakan sebagai pencuci muka iaitu kaedah Oil Cleansing Method (OCM). Saya akan terangkan lebih lanjut tentang OCM dalam artikel yang akan datang.

5. Serum

Serum merupakan sejenis pelembap yang secara keseluruhan berasaskan air. Kandungan minyak dalam pelembap ini adalah sangat sedikit. Ia adalah sangat padat dengan bahan aktif yang spesifik untuk merawat keadaan kulit tertentu.

Serum mempunyai saiz molekul yang amat kecil, maka ia mudah diserap masuk ke dalam kulit. Pelembap jenis serum adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit yang matang dari segi usia.

Walau bagaimanapun, serum sahaja tidak cukup untuk memberi lembapan kepada kulit wajah. Serum berfungsi untuk merawat keadaan tertentu seperti jeragat, sunburn atau keanjalan kulit, Selepas meletakkan serum pada wajah, disarankan untuk menggunakan pelembap lain untuk tujuan melembapkan kulit wajah.

Dan.
Yang paling penting pastikan pelembap tersebut dibuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya.

Nisa Zaini
Natural Lover


 

1024px-WhatsApp.svg-no word+60132060821

facebook_logo_simple-1024x1017 - no word.jpg Nisa Zaini

1024px-Instagram_logo_2016.svg.png @mj_nisazaini

1024px-Gnome-web-browser.svgwww.ellesara.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: