About

Seorang FULL TIME hamba Allah serta isteri dan mama kepada 2 orang “puteri”.

Bekerja PART TIME sebagai penjawat awam. Sebagai seorang yang bekerjaya, perlu sentiasa berpenampilan yang baik sama ada dari segi pakaian dan juga kulit wajah.

Memandangkan dengan adanya 2 “puteri” kecil ni, memang jarang dapat curi masa untuk penjagaan muka. Rutin penjagaan muka perlulah simple. Saya tidak akan mempunyai masa untuk jaga muka ala korea atau jepun yang ada sehingga 10 langkah!

Jadi, saya perlukan rutin penjagaan muka yang mudah, ringkas dan selamat daripada bahan kimia. Anak-anak kecil selalu cium muka Mamanya. Jadi, kena pastikan skin care dan kosmetik yang kita guna adalah selamat daripada bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hydorquinone dan lain-lain.

Alhamdulillah, saya dah bertemu “jodoh” dengan skin care dan kosmetik yang natural, selamat dan BEBAS daripada bahan kimia berbahaya. Di samping itu, ia juga menyediakan support group untuk berkongsi pengalaman penjagaan muka secara semula jadi agar kulit muka sihat berseri, cantik secara normal, tidak kusam.

Nanti saya kongsikan tips-tips penjagaan kulit muka agar berseri dan glowing. Jangan lupa klik butangĀ Follow.. ya.

Powered by WordPress.com.

Up ↑